Sunday, November 28, 2010

1st birthday buat anakku Haziem


14.11.2010 (Ahad) genaplah setahun Hari Lahir Haziem yang pertama, tapi tak sambut on that day, bcoz of abg Hasif takde....duk rumah tokwan seminggu...so nak calebrate teringat ke abg die.. tapi sambut jugaklah kat rumah Nenek Jijah ..just makan2 biasa...KFC + Sate...sambut biasa2 jer bersama adik beradik My hubby..

tapi sempat jugak sambut di ...di Nogori Sembilan secara kebetulan time tu ada paksu n maksu bersama Atuk dan Tokwan, Afiq dan Aniq... di KPC Bahau...KFC Lagi...habis tu nak pi mane lagi kat bahau tu...yang ada Pizza Hut..tapi Atuk dan Tokwan tak pamdai makan plak...Kitorang pantang dapat makan ..huhuuu. Dah setahun rupanya anak mama yan kuat menangis dan merajuk nie...ikut sapa lah perangai die...hahah ikut mama la tu....
mama Love U Muhamad Haziem Zaquan.


Tuesday, November 2, 2010

resepi kek "MARBLE CHEESE BROWNIES"


Inilah resepi kek yang terbaru aku dapat dari rakan sekerja...insyaallah akan dibuat...jangan angan-angan kosong plak...kalau nak cuba marilah....

Gambar ni sample yg diupload dari internet...sedapkan....


Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn Baking Powder & Soda Bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak.
Biarkan sejuk sebelum dipotong.